Siapa sebenarnya Alang Motor ni?

Alang tu nama panggilan saya, dari kecil memang macam-macam nama panggilan, tapi nama Alang tu yang paling ramai panggil, yang paling saya suka nama tu sebab ibu panggil saya dengan nama tu. Nama betul Mohd Redzuan bin Abu Hassan.

Alang Motor tu pula nama team, kalau saya ada turun lumba di litar, Asalnya dulu saya guna nama A.L Motor, tapi rasa macam tak berapa best, ditukar menjadi Alang Motor.

Jadi nama Alang Motor bukan nama syarikat?

Nama syarikat kami adalah Alang Motosport & Services. Syarikat yang mengusahakan sebuah bengkel motosikal serta menjual alat ganti.

Alang Motorsport & Services tu didaftarkan pada 28/05/2012 di Kuantan.

Alang Motor adalah singkatan yang kami gunakan untuk jenama kami.

Apa khidmat atau produk Alang Motor ni?

Kami menawarkan khidmat membaikpulih motosikal termasuk menjual alat ganti secara fisikal dan maya.

Produk utama kami adalah camshaft motosikal dengan identiti tersendiri.

Kami juga mengadakan kelas bimbingan untuk mengajar hal-hal berkaitan motosikal.