Modifikasi Tanpa Ilmu, Bersedialah Untuk Kecewa

Piston Running Speed | Ombohku Berlari Laju

Berapakah piston running speed yang selamat?

Piston speed, juga dikenali sebagai kelajuan purata piston, merujuk kepada kelajuan purata di mana piston bergerak dari Titik Mati Atas (TMA) ke Titik Mati Bawah (TMB) dan kembali lagi, menyelesaikan satu kitaran penuh. Ia boleh dinyatakan dalam unit yang berbeza, seperti kaki per minit atau meter per saat. Untuk mengira kelajuan piston, kita gunakan formula berikut:

Kelajuan piston = 2 X Stroke X RPM

Stroke : Jarak penuh yang dilalui oleh piston dalam satu kitaran di dalam silinder.
RPM : Bilangan putaran penuh yang piston lakukan dalam 1 minit.

Oleh kerana satu kitaran melibatkan 2 langkah, di mana piston bergerak naik dan turun dalam satu putaran, kita perlu darabkan formula dengan faktor 2. Mari kita lihat contoh:

Anda ingin mengira kelajuan piston untuk piston yang mempunyai stroke sepanjang 70mm dan melakukan 10,500 putaran setiap minit. Berikut adalah pengiraannya:

  1. Tentukan stroke piston: Dalam contoh ini, stroke = 70mm.
  2. Tentukan RPM piston: Kerana piston melakukan 10,500 putaran setiap minit, RPM = 10,5000.
  3. Kira kelajuan piston:

Kelajuan piston = 2 X Stroke X RPM
= 2 X 70 X 10,500
= 1,470,000

Jadi, purata piston bergerak pada kelajuan 1,470,000 milimeter per minit di dalam silinder. Laju sangat tu kan? 😊

Tetapi untuk mendapat nilai sebenar kita harus menukar kepada unit meter per saat (m/s). Jadi jawapan tadi perlu dibahagi 1000 ( mm ke m) dan dibahagikan lagi 60 ( saat ke minit )

= 1,470,000 / 1000 / 60 = 24.5m/s

Nah. ini nilai piston running speed yang dicari. Nilai yang selamat adalah dibawah 25m/s. Nilai yang terlalu tinggi akan berisiko merosakkan piston atau silinder blok.

( Untuk yang susah sikit nak faham, saya lampirkan pautan kalkulator untuk memudahkan pengiraan, https://www.omnicalculator.com/physics/piston-speed )

Kesimpulannya, semakin tinggi stroke, semakin tinggi nilai piston running speed, semakin jauh piston bergerak didalam lejangnya, semakin laju enjin berpusing. Harus diingat akan limit setiap sesuatu perkara untuk memastikan enjin berprestasi tinggi tetapi tetap efisen dan bertahan lama.

Modifikasi Tanpa Ilmu, Bersedialah Untuk Kecewa – Alang

1 Comment

  1. zufar

    terbaik lang…faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2025 alangmotor.pro

Theme by Anders NorenUp ↑