Pengenalan asas untuk pemula

Injection ilustrasi

Ignition Mapping (Pemetaan Pencucuhan) dan Injection Mapping (Pemetaan Suntikan) adalah dua konsep yang berkaitan dengan kendalian enjin dalam kenderaan bermotor, terutamanya dalam kenderaan bermotor yang dikuasakan oleh petrol atau diesel. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang kedua-duanya:

Ignition Mapping:

  1. Proses menetapkan masa penyalaan palam pencucuh (spark plug) dalam enjin kenderaan bagi membakar campuran udara dan bahan api dalam kebuk pembakaran enjin.
  2. Penting untuk memaksimumkan prestasi enjin, kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan sisa pembakaran ekzos.
  3. Tetapan pencucuhan yang betul boleh meningkatkan kuasa dan tork enjin serta mengurangkan risiko letupan atau ketukan (knocking and pitching)
contoh graf ignition

Injection Mapping:

  1. Proses menetapkan masa dan tempoh penyemburan bahan api ke dalam kebuk pembakaran enjin oleh penyuntik (injector).
  2. Berkaitan dengan sistem suntikan bahan api, yang boleh menjadi suntikan langsung atau suntikan tidak langsung (direct or indirect injection)
  3. Memastikan campuran udara dan bahan api yang betul mengikut keadaan operasi enjin, seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan tekanan.
  4. Dengan pemetaan yang betul, enjin boleh berjalan dengan lebih cekap, mengurangkan gas pelepasan dan memberikan prestasi yang lebih baik.
contoh table graf injection

Kedua-dua pemetaan ini dikawal oleh unit kawalan enjin (ECU) yang menggunakan pelbagai sensor untuk mengumpul data.

*nota : AFR = Air Fuel Ratio. Semakin tinggi nilai, semakin kering (lean) semakin rendah nilai, semakin basah (rich)

**sumber gambar google