Modifikasi Tanpa Ilmu, Bersedialah Untuk Kecewa

DCR Dinamik Compression

Mengukur isipadu ruang pembakaran.

Macam mana nak kira?

Di dalam Live TT saya, boleh dikatakan setiap hari ada saja soalan mengenai DCR ni. Masih ramai yang tak faham mengenai DCR berbanding CR (compression ratio).

CR dan DCR adalah suatu yang berbeza dan untuk penulisan kali ini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai DCR.

Mampatan dinamik dalam enjin 4-lejang memainkan peranan penting dalam menentukan kecekapan dan prestasi enjin. Mampatan dinamik yang ‘baik’ boleh meningkatkan kecekapan enjin dengan beberapa cara:

1. Peningkatan isipadu mampatan.

2. Peningkatan nisbah mampatan

3. Pengurangan kehilangan tekanan.

4. Pengurangan kehilangan tekanan.

Mengukur DCR ini memerlukan 2 formula.

1. CC / 180 ( 180-IVC ) = CC DCR

2. CC DCR + isipadu head / isipadu head

Keterangan untuk formula pertama. Perlu dihitung CC enjin terlebih dahulu dan tolakkan dgn CC enjin selepas IVC (intake valve close). Dapatkan nilai tersebut dan kita namakan ia CC DCR.

Keterangan formula kedua. Nilai CC DCR pula ditambah dengan nilai CR dan dibahagikan dengan nilai isipadu head.

Secara ringkasnya formula yang sama untuk mencari nilai CR, cuma yang dicari CR dari CC enjin selepas IVC.

DCR shortcut

Jadi, nilai mampatan dinamik yang ‘baik’ dalam enjin 4-lejang dapat membantu meningkatkan kecekapan enjin dan prestasi keseluruhan. Walau bagaimanapun, ia adalah satu daripada banyak faktor yang mempengaruhi kecekapan enjin, dan semua komponen dan parameter lain dalam enjin juga perlu dipertimbangkan untuk mencapai prestasi yang optimum.

2 Comments

  1. Eyqa

    Dapat ilmu baru untuk harini. Terima kasih sifu berkongsi ilmu

  2. gold ira companies

    Incredible points. Great arguments. Keep up the good work.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2025 alangmotor.pro

Theme by Anders NorenUp ↑