Apa itu kelas degree wheel?

Kelas degree wheel

Kursus atau Kelas Degree Wheel anjuran Alang Motor ini mula dijalankan kira-kira 10 tahun yang lalu, dan telah membimbing serta memberi menafaat kepada ramai orang, terutamanya kepada mekanik-mekanik modifikasi diseluruh negara. Alhamdulillah dengan sokongan dan sambutan dari berbagai pihak, kelas ini terus berjalan, dengan harapan dapat membantu lebih ramai lagi mekanik yang berpengetahuan tinggi dan jelas dengan arah tuju dunia modifikasi ini.

Kelas degree wheel Serawak 2017

Kelas degree wheel ini secara keseluruhannya menerangkan teknik dan paduan yang diperlukan dalam kerja-kerja modifikasi terutamanya untuk enjin motosikal. Namun pelbagai aspek lain juga diterapkan terutamanya mengenai kerjaya dalam bidang berkaitan bidang permotoran.

Pecahan kelas mengikut level :

Kelas Dail Cam ( Asas )

Kelas paling asas, di mana peserta akan diberi pendedahan mengenai cara penggunaan Degree Wheel yang betul, serta beberapa lagi perkara asas mengenai enjin motosikal. Kelas ini lebih kepada kelas pratikal, setiap peserta akan diberikan peluang untuk belajar dan menggunakan degree wheel sehingga mahir.

Kelas Degree Wheel Jerantut

    Kelas Degree Wheel Level 1

    Kelas level 1 ini adalah lanjutan daripada kelas asas. Subjek yang diajarkan di sini lebih mendalam dan memerlukan lebih banyak pengiraan. Pelbagai kaedah dan formula pengiraan diberikan bagi memudahkan kerja-kerja mengambil data daripada enjin motosikal. Kelas ini terbahagi kepada dua, iaitu teori dan praktikal. Matlamat kelas ini adalah memastikan peserta akan mahir dengan teknik modifikasi yang betul, dan dapat mengelakkan kesilapan seperti yang sering dilakukan oleh mekanik yang tiada pengetahuan yang berkaitan.

    Antara subjek level 1 :

    1. Asas Kendalian Enjin 4 Lejang.
    2. Pengiraan Kapasiti Enjin.
    3. Penerangan Mengenai Nisbah Mampatan.
    4. Pencerahan Hal Berkaitan Camshaft.
    5. Pratikal ( Degree Wheel )
    Kelas degree wheel Keratong 5

    Kelas Degree Wheel Level 2

    Peserta kelas level 2, yang sudah mahir dengan penggunaan degree wheel dan perkara asas modifikasi enjin ini akan diberi pencerahan yang lebih details berkaitan kuasa dan keupayaan sebenar enjin. Pengiraan berserta formula yang telah dipermudahkan diberikan bagi memastikan setiap kerja modifikasi lebih pantas, lebih efisen dan kurang berisiko. Kelas ini lebih kepada kelas teori.

    Antara subjek level 2 :

    1. Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai RPM
    2. Merungkai Misteri Kuasa Kuda dan Tork
    3. Formula Kelajuan.
    4. Perkara berkaitan Enjin Suntikan Bahanapi.
    5. Asas Dyno ( Pengenalan )
    Kelas degree wheel Sabah

    Kelas Degree Wheel Level 3

    Kelas level 3 ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sessi teori dan pratikal. Sessi teori akan menyambung dan menambahbaik subjek daripada kelas level 2. Lebih pencerahan serta formula pengiraan akan diberikan. Lebih banyak tips dan teknik profesional. Kelas praktikal pula lebih kepada kaedah mencari kuasa atau tork, dibantu dengan penggunaan dyno. Matlamat utamanya, peserta akan mahir menganalisa graf dyno, serta dapat mengenal pasti kekurangan dan kesilapan setiap enjin yang telah diubahsuai.

    Antara subjek level 3 :

    1. Hubungan Porting & Dynamic Compression.
    2. Analisa Graf Dyno, Memahami dan Kenal Pasti.
    3. Pratikal Edit Camshaft.
    Kelas dyno pratikal level 3, Sabah

    Setakat hari ini kelas degree wheel bersama Alang Motor ini telah mempunyai 3 level, dan kami terus berusaha untuk menambah hingga ke level tertinggi yang seterusnya dan memberi lebih banyak ilmu pengetahuan yang lebih mendalam.

    Video kelas degree wheel Keratong 3

    Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, setiap sokongan anda amatlah kami hargai, dan kami tidak mampu bergerak sendirian tanpa anda. Harapan kami setiap peserta akan terus maju, lebih profesional dan berjaya didunia dan akhirat. Aamiin.

    Modifikasi Tanpa Ilmu Bersedia Untuk Kecewa – Alang