Menganalisis Kelebihan Serta Kekurangan Masing-masing.

Enjin Overbore adalah modifikasi yang dilakukan dengan memperbesarkan diameter silinder. Ini meningkatkan volume ruang bakar yang membolehkan lebih banyak campuran udara dan bahan api untuk dibakar, menghasilkan tenaga lebih besar.
Contoh enjin overbore adalah Suzuki GSX-R150 dengan ukuran bore 62 mm x stroke 48.8 mm. Kelebihan utama dari enjin overbore adalah kemampuan untuk menghasilkan tenaga yang optima pada putaran tinggi (high RPM), yang sesuai untuk perlumbaan atau penggunaan berprestasi tinggi. Namun, kekurangannya termasuk penggunaan bahan api yang lebih tinggi dan potensi untuk kehausan yang lebih cepat karena tekanan yang lebih besar pada dinding silinder.

Enjin Overstroke, di sisi lain, adalah modifikasi yang dilakukan dengan memanjangkan langkah piston (up stroke). Ini meningkatkan tork dan pecutan pada putaran rendah (low RPM), yang berguna untuk kenderaan yang sering digunakan di jalan berbukit atau memerlukan kelajuan awal yang cepat.
Sebagai contoh, Yamaha LC 135 memiliki spesifikasi diameter bore x stroke yang jauh berbeza, iaitu 54 mm x 58.7 mm, yang menunjukkan karektor overstroke. Kelebihan dari enjin overstroke termasuk tork yang lebih besar dan penjimatan bahan api yang lebih baik pada kecepatan rendah. Namun, kekurangannya adalah prestasi yang cenderung menurun pada top gear, serta potensi untuk getaran yang lebih tinggi karena langkah piston yang lebih panjang. Kekurangan dari segi saiz valve juga menjadi masalah kerana enjin overstroke mempunyai ruang pembakaran yang terhad.


Dalam memilih antara overbore dan overstroke, penting untuk mempertimbangkan keperluan dan pilihan penggunaan kenderaan anda. Kedua-dua modifikasi ini memiliki tujuan untuk meningkatkan prestasi mesin, tetapi dengan cara yang berbeza dan kesan sampingan juga berbeza.
Modifikasi Tanpa Ilmu, Bersedialah Untuk Kecewa – Alang.
Assalamualaikum saya nak belajar mcm mana nak buat dialcam dkt Ex5 Dream
kena masuk kelas.. follow FB Alang Motor, klau ada kelas akan diupdate dkt situ
This article was so interesting, I couldn’t stop reading!
The website is reliable and beautifully designed.