Kepentingan yang tidak boleh dipandang ringan

Valve pada enjin motosikal memainkan peranan penting dalam mengawal aliran bahan api dan udara, serta gas sisa pembakaran. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci tentang spring valve, komponen yang memastikan valve berfungsi dengan baik. Mari kita teroka lebih lanjut:
Apa Itu Valve?
Valve pada enjin berfungsi memastikan ruang enjin dapat dibuka untuk membenarkan aliran masuk campuran bahan api + udara, dan aliran keluar gas sisa pembakaran, serta ditutup kemas untuk memampatkan campuran dan menghasilkan kuasa.
Terdapat dua jenis valve:
- Intake Valve: Terletak pada liang masukan yang bersambung dengan saluran masukkan (intake pipe).
- Exhaust Valve: Terletak pada liang keluar, bersambung dengan manifold ekzos dari arah bertentangan.
Enjin motorsikal ada yang mempunyai hingga 4 valve.
Tanda-Tanda kerosakkan pada valve:
- Asap Biru Keluar Dari Paip Ekzos: Walaupun asap biru bukan petunjuk khusus masalah valve, ia menandakan masalah enjin. Paras minyak hitam yang menurun juga perlu diperhatikan.
- Power Lost: Pengurangan kuasa dan penurunan prestasi enjin disebabkan oleh masalah valve. Valve seal yang bocor boleh menyebabkan minyak pelincir terkumpul di bahagian atas valve, mengurangkan mampatan.
- Bunyi Meletup-Letup: Bunyi berdetik atau meletup-letup adalah petanda masalah valve yang biasa ditemui.
Seterusnya kita bincangkan pula mengenai Spring Valve.
Spring valve adalah komponen yang bertanggungjawab memastikan valve tertutup dengan kemas setelah dibuka ketika camshaft berpusing menekan valve, spring valve menyimpan tenaga dan kemudian melepaskannya untuk menutup valve kembali. Jika spring valve rosak, valve mungkin tidak berfungsi dengan baik. Bayangkan spring valve sebagai pegas kecil yang memastikan valve bergerak dengan betul. Jika spring ini lemah atau patah, valve mungkin tidak dapat menutup dengan sempurna, menyebabkan masalah kuasa dan pembakaran.
Jenis Spring Valve.
Terdapat dua jenis spring valve yang biasa digunakan:
- Single Coil Spring: Hanya menggunakan satu pegas untuk setiap valve.
- Dual Coil Spring: Menggunakan dua pegas yang berbeza untuk meningkatkan ketahanan dan prestasi.
Masalah Spring Valve:
Spring valve boleh mengalami kehausan atau kelemahan.
Jika spring valve patah atau lemah, ia boleh menyebabkan masalah seperti kehilangan kuasa, ketidakstabilan enjin, dan peningkatan penggunaan minyak. Tetapi yang paling menakutkan boleh menyebabkan Valve Floating
Apa itu valve floating (valve terampung @ tergantung)
Valve floating sering terjadi sewaktu enjin dikelajuan tinggi. Pada waktu ini, valve tidak mengikuti fasa penutupan yang sebenar dengan profil lobe pada camshaft. Akibatnya, kecekapan dan prestasi enjin akan berkurang atau lebih parah lagi boleh menyebabkan kerosakkan besar pada kompenan enjin seperti valve putus atau patah.
Jadi amat penting untuk kita melakukan pemeriksaan dan pengukuran spring valve secara berkala bagi memastikan ia berkerja secara optima. Berikut adalah cara memeriksa dan mengukur spring valve:
Kemiringan Spring Valve (bengkok):
- Letakkan spring valve pada permukaan yang rata.
- Gunakan sesiku L untuk mengukur kemiringan spring valve.
- Bandingkan hasil pengukuran dengan spesifikasi yang sebenar.
Jika terdapat kemiringan melebihi nilai yang dirasakan selamat berdasarkan spesifikasi sebenar, pertimbangkan untuk mengganti spring valve.
Panjang Spring Valve:
- Gunakan vanier caliper untuk mengukur panjang spring valve.
- Bandingkan hasil pengukuran dengan nilai spesifikasi panjang spring valve.
Jika nilai panjang bebas spring valve tidak sesuai, penurunan melebihi spesifikasi sebenar, pertimbangkan untuk penggantian.
Kekuatan Daya Pegas (Tegangan Spring):
- Gunakan alat pengukur ketegangan pegas (spring valve tester) atau press hidraulik.
- Periksa tegangan pegas dan bandingkan dengan spesifikasi.
Jika nilai tegangan yang diperlukan untuk menekan spring valve tidak menepati spesifikasi asal, pertimbangkanlah untuk penggantian spring yang baru.


Ingatlah bahawa spring valve adalah komponen kecil tetapi memainkan peranan penting dalam prestasi enjin. Jaga spring valve dengan baik untuk memastikan enjin berfungsi dengan cemerlang! đď¸đ§
Modifikasi Tanpa Ilmu, Bersedialah Untuk Kecewa – Alang
Leave a Reply